Tuesday, August 26, 2008

BUAT RENUNGAN

Sekiranya dalam melakukan sesuatu terasa kepayahannya, tanamkan dalam diri bahawa tiada yang mudah dalam hidup ini. Ada waktu memerlukan usaha dan ketabahan yang tidak sedikit. Buat anak-anak muridku, begitulah juga dalam menuntut ilmu. Tiada jalan singkat menuju kejayaan. Kejayaan juga tidak diukur daripada markah peperiksaan semata-mata. Justru, dalam setiap kelemahan pasti ada kelebihan yang tersembunyi. Gunakan kelebihan itu untuk menutup kekurangan tersebut. Semoga berjaya!

Saturday, August 9, 2008

PERINGATAN PENTING

Free Hit Counter
Free Hit Counter



Sebarang masalah atau kerugian yang dihadapi selepas melayari blog ini pihak kami tidak bertanggungjawab

Thursday, August 7, 2008

KETABAHAN TERAS KEHIDUPAN

Hidup ini memang satu cabaran. Ada hari2 tertentu rasa tak kuat menghadapi cabaran yang datang. Namun setiap apa yang ditakdirkan Tuhan, pasti ada hikmah di sebaliknya. Semoga sentiasa dikurniakan ketabahan menghadapi apa sahaja.

Saturday, August 2, 2008

BELAJAR MEMBUAT LAMAN BLOG

Hari ini, kami belajar membuat laman blog di Makmal PIBG SMKTD. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang kami dapat hari ini. Maklumlah, 'orang lama' yang baru nak didedahkan dengan teknologi baru.

Kadang2 masalah teknikal jadi perkara yang menyakitkan hati juga. Tiba2 je keluar tulisan2 pelik yang tak difahami. Geramnya.......