Thursday, May 28, 2009

PERSAHABATAN

“Kita hanya bermakna kepada seseorang dalam persahabatan jika kita adalah diri kita sepenuhnya. Andainya diri kita adalah sebahagian dari orang lain, kita menjadi beban dalam persahabatan itu”.

Iktibar dari kata-kata motivasi kali ni, jadilah diri sendiri dalam bersahabat. Tak perlu berlakon semata-mata hanya untuk menjaga hati kawan atau untuk mendapat perhatian mereka. Jika begitu, kita akan membentuk diri kita lain dari kita yang sebenarnya.
Contoh, bila berjalan-jalan dengan kawan bernama A, kita ikut perangai si A. Bila berjalan-jalan dengan kawan bernama B, kita ikut perangai si B. Bila kita berjalan-jalan dengan kedua-duanya, si A dan si B, kita tak tahu nak ikut perangai yang mana satu.
Tak ke keliru jadinya tu? Kita terdorong untuk memperlagakan kedua-duanya. Lama-kelamaan sikap kita yang ibarat talam dua muka tu boleh mengakibatkan si A dan si B bergaduh. Jika tidak, mungkin akan tercetus perang dingin di antara Anda, si A dan si B.
Persahabatan yang benar-benar membahagiakan adalah persahabatan yang lahir dari hati yang murni. Hati yang murni pula dibentuk oleh sikap menjadi diri sendiri sepenuhnya, bukan main ‘copy paste' saja.

iMotivasi.dot.com
Merubah Diri Membina Peribadi

DARIPADA ALLAH KITA DATANG

DETIK KEMATIAN (INTEAM-NUR INSANI)

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk mengadap Illahi

Dari Allah kita datang
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Ika (8/10/1994-25/5/2009), moga gugurmu di taman Firdausi!

Sunday, May 24, 2009

KAWAN LAMA

Tiba2 je ada ceritanya dalam BH April lalu. Inilah kawanku yang selalu bersaing dalam pelajaran masa di sekolah dulu. Dah jadi Prof Madya skrg. Maklumat ni diperolehi melalui laman web UIA. Bila agaknya dapat kuhubungi dia....

Asst. Professor Dr. Norliah Ibrahim


Qualifications - LL.B (Hons) (IIUM), MCL (IIUM)
Department - Islamic Law
Area of Specialisation - Family Law
Sub-specialisation - Matrimonial Property
Email - norliah@iium.edu.my
Telephone - (603) 61964327 Room - 6.233

Dr. Norliah Ibrahim

An Assistant professor Dr. Norliah Ibrahim has been teaching in IIUM since the last 15 years. Area of interest are Family Law for Muslim and non Muslim and Islamic Evidence.The presenter has done specific research relating to the division of matrimonial after divorce in Malaysia (Ph.D). Attended seminars and conferences, local and international and has peresented few papers including the one which was organised in Cape Town, South Africa - 'the 4th World Congress on Family and children's Right' on the 20-23rd March 2005. Currently, the presenter is one of the advisor on Syariah matters, in Syariah Legal Clinic , AIKOL, IIUM and teaching Family Law in Malaysia and Evidence and Procedures in Syariah Court.


Saturday, May 23, 2009

KENAPA MENULIS?


Menulis boleh menenangkan fikiran? Itulah yang dikatakan oleh Dr. Ghazali Lateh @ Cikgu Ghazali, penulis berpengalaman di sekolahku dalam kursus kami hari ini. Bolehkah aku menulis? Rasanya banyak yang boleh ditulis kembali daripada himpunan catatanku dalam diari setiap tahun. Tapi.....kerana 'tapi' itulah akhirnya tidak menulis.........

Sempat meminjam satu bukunya untuk dibawa pulang. Jam 3.15 ptg aku sudahpun menamatkan pembacaanku. Secawan Kopi daripada Guru....memang penuh emosi dan mencuit hati.

Buat Cikgu Ghazali...terima kasih atas ceramah yang menarik tadi. Tak lupa juga berbanyak terima kasih atas pemberian cenderahati daripada cikgu dulu...Di Kaki Mimbar. Mana tahu suatu masa nanti saya juga akan mampu menulis seperti itu.....

Friday, May 22, 2009

ADUHAI BLOG......

Hajat di hati memang tinggi...nak kemas kini blog ini agar benar2 lengkap. Bila agaknya ya...Setakat ni masa banyak digunakan untuk membuat latihan, latihan dan latihan...sampai anak2 muridku kata "latihan lagi......" . Responsku pun boleh dihafal mereka "nak pandai tak?". Jawapannya sudah pasti "naaaaakkkkkkk!!!!!!!".

Malam ni aku melangkah setapak lagi...menukar latar belakang yang baru. Itupun satu kemajuan juga kalaupun bukan menambah isinya!

Sunday, May 17, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Semalam bersama Pn. Jaaronah dan 25 orang pelajar Tingkatan 5 mengikuti Program Seminar Skor A SPM anjuran PNB di UniKL, Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) di Salak Tinggi. Banyak ilmu yang diperoleh, moga-moga begitu juga buat anak-anak didikku. Moga seminar ini dapat mereka manfaati sebaiknya. Terima kasih PNB kerana sentiasa menganjurkan program membantu para pelajar dan guru....percuma pula tu.

Buat teman-teman seperjuangan... Selamat Hari Guru. Moga sentiasa komited, tabah dan dedikasi.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Bertuah rasanya kerana menjadi orang pertama mengucapkan Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang-secara lisan dan sms....

Buat Bonda....semoga terus tabah melalui kehidupan ini. Dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan, usia yang diberkati, dinaungi Rahmat dan Kasih SygNya yang berkekalan.Terima kasih segalanya....pengorbananmu tiada mampu utk dibalas. Sepanjang usia di hati terbekas!

Buat semua yang bergelar ibu.....Selamat Hari Ibu!

Thursday, May 7, 2009

PANTASNYA MASA BEREDAR....

Benarlah masa itu umpama pedang, jika kita tak memotongnya, dia akan memotong kita. Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei...musim peperiksaan. Walaupun balik pukul 3-4-5 petang hampir setiap hari, masih banyak tugas tak dapat disempurnakan........

Dengan 24 jam yang diperuntukkan...berapa jam agaknya benar2 terisi?

Wednesday, May 6, 2009

BILA DAH TERLALU CANGGIH....

Sesuatu yang paling sukar untuk dilalui ialah 'menunggu'. Terutama apabila kerja yang dilakukan tergendala kerana menunggu kerja orang lain siap terlebih dahulu. Sekarang dok menunggu bahan2 dalam e-mail yg tak kunjung tiba...kononnya lebih cepat. Semoga ia memberikan erti kesabaran sebenar!

Monday, May 4, 2009

ULANGKAJI BLOG

Setelah sekian lama, hari ni barulah berpeluang menyambung 'pengajian'ku mengemaskini laman blog yang dah lama tidak dikemaskini. Terima kasih Liza kerana sudi menjadi guruku...hanya Tuhan yang mampu membalas.
Moga pelajaran hari ini adalah langkah permulaan untuk pengemaskinian yang lebih baik dan boleh dimanfaati sebaiknya oleh sesiapa sahaja.