Tuesday, June 23, 2009

KAMPUNG BUKU MALAYSIA


Tiba-tiba teringat kisah masa cuti penggal yang lalu. Satu-satunya tempat saya pergi bercuti sejak balik dari Gua Tempurung dulu ialah Kampung Buku Malaysia, Melaka. Baru tahu wujudnya tempat ini tahun ini walaupun telah dilancarkan sejak tahun 2007. Biasanya begitulah...kita lebih ambil tahu hal-hal di tempat lain daripada tempat kelahiran....Di sini, buku-buku boleh dibaca, dibuat rujukan, disewa dan dibeli.


Sempat membeli dua buah buku. Badai Semalam karya Khadijah Hashim yang masih belum ada dalam koleksi walaupun dah pernah membacanya. Satu lagi ialah Pendoa Yang Ikhlas oleh Azizi Haji Abdullah. Buku ini masih belum habis dibaca.


Ada kesempatan, akan pergi lagi ke sana sebab masa yang suntuk dulu menyebabkan kami tak sempat meronda semua ruang.

Wednesday, June 17, 2009

KPLI 18 BULAN.........

Isu pendidikan yang agak hangat kini ialah cadangan melanjutkan KPLI selama 6 bulan lagi menjadi 18 bulan. Alasannya untuk melengkapkan diri bakal guru dengan ilmu pendidikan secukupnya...

Berita terkini ialah NUTP turut bersetuju dengan cadangan ini dengan syarat: pelatih dikehendaki menjalani pengajian selama setahun di maktab perguruan manakala bakinya di sekolah.

Menurut Dr Illias Zaidi (Berita Harian 17 Jun 2009):
Tidak semua orang berbakat menjadi menjadi pendidik berwibawa apatah lagi tersohor biarpun sudah bertahun-tahun mengikuti program ijazah perguruan. Guru ialah manusia istimewa, seperti istimewanya martabat manusia yang menyebarkan ilmu demi ketersohoran ummah....

Saya adalah lepasan KPLI. Sebagai seorang guru, pendapat saya dari dulu tidak berubah. Bagi saya, apapun jua kelulusan seseorang guru, yang menjadikan dia berwibawa adalah SIKAP guru itu sendiri terhadap kerjayanya.

Monday, June 8, 2009

ARAH LAWAN JAM


Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar Kaabah, maka ia memulai dari Hajarul Aswad dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam.

Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.
Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.
Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.

Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling Kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi Kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.

Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.

Wallahua'lam

Dipetik daripada www.halaqah.net

Wednesday, June 3, 2009

PERJALANANKU.....

Catatan perjalanan

30 Mei 2009
Bertolak dari rumah pukul 6.30pg sampai tak sempat sarapan dan beli kueh sebab kedai tak buka lagi. Tunggu punya tunggu, akhirnya bertolak pukul 7 lebih. Sabar je...Berhenti di R&R Rawang untuk sarapan. Beli roti 'bun' je...

Pukul 11 lebih sampai Gua Tempurung (GT). Selesai taklimat ringkas, kami pun masuk. Risau jugak kerana tak ada lampu picit dan renjer tu kata malam sebelumnya tu hujan. Harap tak apa-apa

Tak sangka macam ni keadaan dalam GT ni. Setelah berpuluh tahun, kembali mengulangi rutin zaman anak2 dulu....merangkak menyusuri sungai, menggelongsor cerun, masuk ke dalam lubang etc. Syukurlah masih mampu melakukan semua itu. Yang tak laratnya satu je....mendaki tangga untuk keluar semula. Sebab kaki ni memang 'alah' bab2 naik tangga ni...

Menurut renjer yang memandu kami tu, gua ni sudah berumur 400 juta tahun. Sebab tu di dalamnya berbagai2 bentuk yang terhasil drpd proses luluhawa. SUBHANALLAH. Sungguh menakjubkan!

Saya percaya pelajar Kelab Geografi dapat menimba banyak ilmu dalam 'ekspedisi' ini...Untungnya mereka dapat peluang seperti ini. Saya dulu belajar Geografi juga tapi tak pernah dapat peluang begini...

Bila dapat kembali melihat cahaya matahari, tak boleh nak gambarkan perasaan ini. Tapi yang pastinya, sejak saat itu saya berjalan dengan kaki terpaksa diseret!!!

Selesai makan tengah hari, ke bengkel labu sayung di Kuala Kangsar. Sempatlah membeli 2 buah periuk tanah untuk diri sendiri dan keluarga. Nostalgia!

Kami makan malam di Bandar Taiping. Sempat merasa sotong kangkong yang terkenal di sini tapi tak mampu habiskan sebab terlalu banyaaakkk....

Menginap di Casuarina Inn. Tidur awal sebab terlalu letih.

31 Mei 2009
8.30 pg bertolak ke Penjara Taiping. Mendengar taklimat drp PPP Liza Ahmad. Best dan banyak pengajaran hingga terlajak daripada jadual lawatan. Kami kemudian melawat Galeri Penjara, tempat jualan dan pameran kraf tangan hasil kerja tangan banduan.

Destinasi seterusnya Zoo Taiping. Kami meronda dengan keretapi zoo sahaja.

Akhir sekali ke Kuala Sepetang. Di kiri kanan jalan adalah deretan pokok kayu bakau saujana mata memandang. Rupanya ia kawasan kayu bakau terbesar di Asia Tenggara. Hebatnya. Yang paling seronok menikmati mee banjir udang yang terkenal tu....terima kasih Ina atas belanjamu.

Tiba Banting pukul 11 > malam. Alhamdulillah. Penat dan mengantuk.....

Sekarang ni di rumah...di desa kelahiran....Setiap pengalaman kekal menjadi satu kenangan...Tiba masa untuk menyambung tugas paling utama....menanda kertas! Semoga sempat siap menjelang tamatnya cuti.