Tuesday, November 17, 2009

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA







Novel ini mengandungi 535 halaman tulisan A. Ubaidillah Alias. Kali pertama membaca tulisan pengarang ini memberikan satu pengalaman baru. Pengarang menggunakan banyak perkataan yang jarang digunakan, sangat gramatis dan puitis.

Novel ini mengisahkan Amir Mukhlis dari zaman persekolahan hingga menjadi mahasiswa di Universiti Al-Azhar, Mesir. Berbeza dengan remaja lain, Amir tidak membenarkan dirinya hanyut dalam pergolakan cinta remaja yang melekakan walau hanya untuk memberikan harapan lewat kata-kata kepada gadis yang meminatinya.

Novel ini dtulis oleh remaja, berlatar belakangkan kisah remaja dan amat sesuai dibaca oleh remaja. Jika selama ini remaja banyak didedahkan dengan kisah 'cinta murahan' yang
berpaksikan material dan pujuk rayu elok kiranya mereka beralih kepada kisah cinta sejati bertunjangkan syariah dan mempunyai roh keislaman.

Dari garis Khatulistiwa,akhirnya aku mengukir satu jalur ke Timur Tengah. lalu ianya ternoktah di sini seketika. Titik!
Satu titik yang akan membias menjadi tujuh warna spektrum kehidupan.
Satu titik yang akan bercapah menjadi seratus jalan cerita.
Satu titik yang akan melecak menjadi seribu rasa jiwa.
Satu titik yang akan pecah dan mengurai sejuta wajah dunia.