Sekiranya dalam melakukan sesuatu terasa kepayahannya, tanamkan dalam diri bahawa tiada yang mudah dalam hidup ini. Ada waktu memerlukan usaha dan ketabahan yang tidak sedikit. Buat anak-anak muridku, begitulah juga dalam menuntut ilmu. Tiada jalan singkat menuju kejayaan. Kejayaan juga tidak diukur daripada markah peperiksaan semata-mata. Justru, dalam setiap kelemahan pasti ada kelebihan yang tersembunyi. Gunakan kelebihan itu untuk menutup kekurangan tersebut. Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment