Saturday, January 23, 2010

HADIAH UNTUK MOTIVASI....






CERITA-CERITA MOTIVASI UNTUK GURU dihadiahkan oleh Liza sempena hari lahir saya beberapa minggu yang lalu. Sesuai dengan namanya, cerita-cerita di dalamnya memang cukup menaikkan motivasi pembaca.
Bagi saya, buku ini sangat sesuai untuk guru-guru yang ingin mengamalkan proses P&P yang lebih pelbagai. Begitu juga bagi guru yang ada waktu bagai kehilangan cara untuk menambat hati pelajar. Di samping itu , boleh juga mengetahui cara-cara untuk menarik minat pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Menariknya, sesuatu tindakan dan kata-kata yang kadang kala kita anggap remeh dan tak penting, rupanya itulah kunci mengikat hati-hati mereka! Memang ada waktu sebagai orang dewasa, kita terlalu memikirkan sesuatu yang kompleks dan terlalu teknikal sedangkan banyak cara-cara biasa di hadapan kita yang lebih dekat di hati mereka.
Cerita ini ditulis oleh HAMEDAH WOK AWANG yang pernah menjadi Pengetua Cemerlang. Kini beliau menulis sepenuh masa selepas lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
"Tadi saya memesan sekeping roti canai. Semasa membeli, saya ditanya sama ada saya ingin kuah dal atau kuah kari. Saya minta kuah dal. Saya diberikan kuah dal.
Bayangkan seorang mamak roti canai boleh memberi pilihan kepada pelanggannya dan ia diberikan percuma! Adakah kita berbuat begitu dengan anak murid kita? Tanya selera belajar mereka dan menyediakan perasa yang menyelerakan?"
Terima kasih Liza atas sumbangsihmu. Semoga kita sama-sama berusaha menjadi guru yang lebih baik di masa depan!

1 comment:

Norliza said...

Insaya-allah...

Buku tu saya baca sikit-sikit. nanti lepas periksa PMR saya nak pinjam. sekarang ni bukan tak nak baca cuma bila lepas PMR tu.. best sikit kot..

saya pun rasa nak beli lagi untuk koleksi peribadi..