Wednesday, June 3, 2009

PERJALANANKU.....

Catatan perjalanan

30 Mei 2009
Bertolak dari rumah pukul 6.30pg sampai tak sempat sarapan dan beli kueh sebab kedai tak buka lagi. Tunggu punya tunggu, akhirnya bertolak pukul 7 lebih. Sabar je...Berhenti di R&R Rawang untuk sarapan. Beli roti 'bun' je...

Pukul 11 lebih sampai Gua Tempurung (GT). Selesai taklimat ringkas, kami pun masuk. Risau jugak kerana tak ada lampu picit dan renjer tu kata malam sebelumnya tu hujan. Harap tak apa-apa

Tak sangka macam ni keadaan dalam GT ni. Setelah berpuluh tahun, kembali mengulangi rutin zaman anak2 dulu....merangkak menyusuri sungai, menggelongsor cerun, masuk ke dalam lubang etc. Syukurlah masih mampu melakukan semua itu. Yang tak laratnya satu je....mendaki tangga untuk keluar semula. Sebab kaki ni memang 'alah' bab2 naik tangga ni...

Menurut renjer yang memandu kami tu, gua ni sudah berumur 400 juta tahun. Sebab tu di dalamnya berbagai2 bentuk yang terhasil drpd proses luluhawa. SUBHANALLAH. Sungguh menakjubkan!

Saya percaya pelajar Kelab Geografi dapat menimba banyak ilmu dalam 'ekspedisi' ini...Untungnya mereka dapat peluang seperti ini. Saya dulu belajar Geografi juga tapi tak pernah dapat peluang begini...

Bila dapat kembali melihat cahaya matahari, tak boleh nak gambarkan perasaan ini. Tapi yang pastinya, sejak saat itu saya berjalan dengan kaki terpaksa diseret!!!

Selesai makan tengah hari, ke bengkel labu sayung di Kuala Kangsar. Sempatlah membeli 2 buah periuk tanah untuk diri sendiri dan keluarga. Nostalgia!

Kami makan malam di Bandar Taiping. Sempat merasa sotong kangkong yang terkenal di sini tapi tak mampu habiskan sebab terlalu banyaaakkk....

Menginap di Casuarina Inn. Tidur awal sebab terlalu letih.

31 Mei 2009
8.30 pg bertolak ke Penjara Taiping. Mendengar taklimat drp PPP Liza Ahmad. Best dan banyak pengajaran hingga terlajak daripada jadual lawatan. Kami kemudian melawat Galeri Penjara, tempat jualan dan pameran kraf tangan hasil kerja tangan banduan.

Destinasi seterusnya Zoo Taiping. Kami meronda dengan keretapi zoo sahaja.

Akhir sekali ke Kuala Sepetang. Di kiri kanan jalan adalah deretan pokok kayu bakau saujana mata memandang. Rupanya ia kawasan kayu bakau terbesar di Asia Tenggara. Hebatnya. Yang paling seronok menikmati mee banjir udang yang terkenal tu....terima kasih Ina atas belanjamu.

Tiba Banting pukul 11 > malam. Alhamdulillah. Penat dan mengantuk.....

Sekarang ni di rumah...di desa kelahiran....Setiap pengalaman kekal menjadi satu kenangan...Tiba masa untuk menyambung tugas paling utama....menanda kertas! Semoga sempat siap menjelang tamatnya cuti.



2 comments:

Norliza said...

Bestnya.. Nape tak upload gambar? Nak la tengok gambar mee udang tu..

Selamat menanda kertas ye...

iezz said...

Tak pandai lagilah Liza. Buat shout mix pun tak reti2