Sunday, October 18, 2009

INDAHNYA KENANGAN.....

Dua minggu lalu, mak setuju datang ke rumah. Bukan mudah untuk memujuknya meninggalkan 'syurga'nya di kampung. Mencium tangannya sebelum ke sekolah dan sewaktu balik ke rumah mengheret kembali kenangan lama ...sudah begitu lama....waktu di alam persekolahan rendah dahulu. Mengalaminya kembali membawa perasaan yang pelbagai...Mungkin perasaan itu sama dengan perasaan setiap anak rantau seperti saya.

Malangnya kesibukan saya membataskan waktu untuk bersama. Saya cuba untuk balik seawal mungkin namun kadangkala tugasan perlu disempurnakan sesegeranya. Mujur dia memahami...

Sempat membeli kek pandan lapis waktu kami keluar ke bandar bersama. Bila pekerja di situ bertanya apa kata-kata yang ingin ditulis di atasnya, saya pantas memilih:

Kenangan Indah Bersama!











No comments: