Saturday, January 23, 2010

HADIAH UNTUK MOTIVASI....






CERITA-CERITA MOTIVASI UNTUK GURU dihadiahkan oleh Liza sempena hari lahir saya beberapa minggu yang lalu. Sesuai dengan namanya, cerita-cerita di dalamnya memang cukup menaikkan motivasi pembaca.
Bagi saya, buku ini sangat sesuai untuk guru-guru yang ingin mengamalkan proses P&P yang lebih pelbagai. Begitu juga bagi guru yang ada waktu bagai kehilangan cara untuk menambat hati pelajar. Di samping itu , boleh juga mengetahui cara-cara untuk menarik minat pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Menariknya, sesuatu tindakan dan kata-kata yang kadang kala kita anggap remeh dan tak penting, rupanya itulah kunci mengikat hati-hati mereka! Memang ada waktu sebagai orang dewasa, kita terlalu memikirkan sesuatu yang kompleks dan terlalu teknikal sedangkan banyak cara-cara biasa di hadapan kita yang lebih dekat di hati mereka.
Cerita ini ditulis oleh HAMEDAH WOK AWANG yang pernah menjadi Pengetua Cemerlang. Kini beliau menulis sepenuh masa selepas lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
"Tadi saya memesan sekeping roti canai. Semasa membeli, saya ditanya sama ada saya ingin kuah dal atau kuah kari. Saya minta kuah dal. Saya diberikan kuah dal.
Bayangkan seorang mamak roti canai boleh memberi pilihan kepada pelanggannya dan ia diberikan percuma! Adakah kita berbuat begitu dengan anak murid kita? Tanya selera belajar mereka dan menyediakan perasa yang menyelerakan?"
Terima kasih Liza atas sumbangsihmu. Semoga kita sama-sama berusaha menjadi guru yang lebih baik di masa depan!

Monday, January 18, 2010

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Mulai hari ini, guru-guru Tingkatan 6 diwajibkan menulis Rekod Pengajaran Harian (RPH) secara dalam talian. Pengetua pun akan meluluskan RPH secara dalam talian. RPH yang diluluskan perlu dicetak dan dimasukkan dalam folio masing-masing.
Nampaknya setiap hari kami didedahkan dengan dunia teknologi maklumat. Mudah-mudahan semakin 'celik' kami dengan dunia ini. Maklumlah kebanyakannya telah memasuki fasa 'otai'.....

Thursday, January 14, 2010

RENUNGAN.....

Tanamkan rasa suka atas apa yang dilakukan, nescaya akan wujud kepuasan. Sesuatu yang dilakukan daripada hati, akan tiba ke hati.............

Kita mengatur.....
Allah Mengatur
Namun aturanNya
lebih teratur!

Monday, January 11, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

2010 dah tiba.....sesi persekolahan turut menjelma.
Kembali ke sini bermakna kembali melakukan rutin harian sejak sekian lama. Bertemu kembali pelajar2 lama (Tingkatan 6 Atas) dan pelajar2 baru (Tingkatan 4). Moga tahun ini kita dapat berganding bahu menjayakan proses P&P dan kokurikulum dengan lebih baik.
Buat rakan-rakan seperjuangan....semoga lebih komited, tabah dan bersemangat meneruskan kerjaya ini!