Tuesday, October 27, 2009

PEPERIKSAAN DATANG LAGI!



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN) DAN TINGKATAN 5 (PEPERIKSAAN SPM)

SEMOGA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG & SEMOGA BERJAYA!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PENILAIAN ALLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, October 21, 2009

TING 5 : BAB 1: PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

8.1 SISTEM PERBANKAN

1. Jenis Sistem perbankan --- Perbankan konvensional
--- Perbankan Islam
2. Ciri perbankan konvensional
i. Faedah diberi atas simpanan yang diterima, faedah dikenakan atas pinjaman yang diberi.
ii. Mengamalkan prinsip keuntungan maksimum dalam pelaburan
termasuk perniagaan yang berunsur spekulasi dan perjudian.
iii. Motif utama keuntungan dalam setiap pelaburan dan menjalankan juga
tangung jawab sosial dan kebajikan spt sumbangan kepada hospital.
3. Ciri perbankan Islam
i. Berfungsi seperti perbankan konvensional tetapi dijalankan mengikut
hukum syarak.
ii. Operasinya berlandaskan akad ( perjanjian ) yang tidak mengandungi
a. Riba ( faedah )
b. Gharar ( ketidakpastian )
c. Maisir ( judi )
iii. Keuntungan berdasarkan keadilan di mana pembahagian keuntungan akan
diberi kepada pelabur atau penyimpan.
4. Perbezaan antara Perbankan Konvensional dan Perbankan Islam

Aspek
Perbankan Konvensional
Perbankan Islam
Dasar perniagaan
Berlandaskan pemberian faedah
Mengikut prinsip syariah Islam – mengharamkan pemberian faedah dan mengamalkan konsep perkongsian untung dan rugi.
Peraturan dan undang-undang
Mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 ( BAFIA )
Mengikut Akta Perbankan Islam 1983
Pelaburan
Semua jenis pelaburan asalkan mendapat keuntungan dan tidak bertentangan dengan undang-undang
Pelaburan yang bebas daripada unsur yang meragukan seperti perjudian
Penasihat
Pakar dalam bidang perbankan
Pakar dalam perbankan dan para ulamak

8.2 JENIS BANK
a. Bank Pusat
b. Bank Perdagangan
i ) Bank Islam
c. Bank Saudagar
d. Bank Badan Berkanun
e. Bank Koperasi

a) Bank Pusat ( Bank Negara Malaysia )
Fungsi Bank Pusat
i. Mengeluar dan mengawal mata wang negara.
ii. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.
iii. Melaksana dasar kewangan kerajaan.
iv. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan.

b) Bank Perdagangan ( Maybank, BCB )
- Sebuah institusi kewangan yang diuruskan dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak
swasta.
- Tujuan utama mencari keuntungan disamping menerima dan mematuhi arahan bank pusat mengenai dasar kewangan kerajaan.
- Fungsi bank perdagangan
a. Menerima simpanan – akaun simpanan- boleh melakukan pengeluaran pada bila- bila masa di mana-mana cawangan serta kemudahan
ATM.Faedah akan dibayar atas simpanan.
_ akaun semasa- kemudahan menggunakan cek/overdraf
Kemudahan ATM.
Berguna kepada peniaga yang kerap melakukan pembayaran serta selamat..
-akaun simpanan tetap- menyimpan sejumlah wang untuk suatu tempoh tertentu dan menerima kadar faedah yang lebih tinggi.
-tidak boleh mengeluarkan wang sehingga tempoh matang.
b. Kemudahan pembayaran
– arahan tetap—arahan kepada phak bank oleh pemegang akaun untuk membayar pemiutang secara berterusan pada tarikh tertentu dalam jumlah yang ditetapkan.Contoh
bayar insuran,sewa rumah
- pindahan kredit- pemegang akaun membayar beberapa orang penerima dengan hanya
menggunakan sekeping cek sahaja .Nama penerima,nombor akaun setiap
penerima,alamat bank dan amaun setiap pembayaran mesti diisi dengan lengkap. Contoh
membayar gaji
- pindahan elektronik- cara membayar wang terus ke dalam akaun penerima dibandar lain melalui komputer. Dan wang dikreditkan ke dalam akaun penerima serta merta.,
-telegraf – pelanggan akan memberikan sejumlah wang kiriman kepada bank dan bank bank akan menghubungi cawangannya menggunakan teleks untuk mengarahkan bank tersebut membuat bayaran kepada penerima.Sesuai untuk pembayaran ke luar nagaral
- draf bank – sejenis cek yang dikeluarkan oleh bank kepada pelangaan yang tidak mempunyai akaun semasa.
- cek jurubank- cek dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membayar sejumlah wang tertentu kepada penerima yang tinggal di bandar yang sama.Cek ini digunakan apabila penerima takut menerima cek tak laku.
c. Perkhidmatan lain – kad kredit
- peti simpan selamat
- perbankan elektronik
- tukaran matawang asing
- cek kembara
- perbankan Islam

d. Kemudahan pembiayaan – pinjaman
- overdraf
- Faktor yang dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman dan overdraf
i. tujuan pinjaman dan overdraf – bidang pelaburan yang berpotensi.
ii. Kedudukan kewangan – mempunyai kemampuan untuk membayar balik.
iii. Nilai aset yang dicagarkan – nilai aset yang dicagarkan hendaklah lebih tinggi daripada amaun yang dipinjam.
iv. Dasar bank pusat – Keutamaan pinjaman kepada pengusaha IKS.

Bank Islam ( BIMB , Bank Muamalat )
Berdasarkan 3 prinsip syariah utama:
i. Prinsip Wadiah – pihak bank bertanggung jawab ke atas keselamatan harta dan wang yang disimpan oleh pelanggan.
ii. Prinsip Mudharabah – melibatkan perkongsian antara pemodal ( pelanggan ) dan pihak bank untuk membiayai dan mengurus projek.
iii. Prinsip Musyarakah – perkongsian antara 2 atau lebih pemodal untuk melaksanakan pelaburan atau projek untuk keuntungan.

c. Bank Saudagar ( Arab Malaysian Merchant Bank Berhad )
- Memberikan perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada firma yang besar, badan berkanun
dan institusi perniagaan yang besar.
- Tidak memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan firma perniagaan yang kecil.
- perkhidmatan yang disediakan – menerima simpanan, memberi pinjaman, mengurus pelaburan,
memberi khidmat nasihat kepada syarikat dan menanggung jamin terbitan syer.

d. Bank Badan Berkanun ( BSN, BPIMB , BPM )

e. Bank Koperasi ( Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Persatuan )
Tujuan ditubuhkan untuk melindungi kepentingan , kebajikan dan faedah anggotanya.
Tidak dapat berfungsi penuh seperti bank yang lain.
Tidak dibenarkan mengendalikan akaun semasa, mendskaunkan bil dan beroperasi di pasaran pertukaran mata wang asing.
Contoh perkhidmatan – memberi pinjaman kepada anggotanya
- kemudahan akaun simpanan dan simpanan tetap.
- membuat pelaburan dalam projek pembangunan.

8.4 CEK
- Satu arahan bertulis kepada jurubank untuk membayar seseorang dengan sejumlah wang yang tertentu apabila cek itu dikemukakan.
- Melibatkan 3 pihak – pesuruhbayar – bank
- penerima
- penyuruh bayar – orang yang mengeluar dan menandatangani cek.
- Jenis cek dan penggunaannya.
JENIS CEK
Cek terbuka
Cek Berpalang
Cek Pembawa
Cek Perintah
Cek Berpalang Am
Cek Berpalang Khas

I)Cek Terbuka
a. Cek Pembawa – dapat dipindah milik dengan bebas tanpa perlu tandatangan di belakang cek.
- Boleh ditunaikan oleh sesiapa yang membawanya ke bank.
- Mempunyai perkataan ’ atau pembawa ’ di sebelah nama penerima.
- tidak selamat jika berlaku kecurian.

b. Cek Perintah – Perkataan ’ atau pembawa ’ dibatalkan.
- bayaran tunai hanya kepada penerima yang namanya tertulis di atas cek.
- perlu di tandatangani oleh penerima di belakang cek sekiranya ditunaikan di kaunter.



ii) Cek Berpalang – cek yang ada palangan di sudut kiri atas permukaan cek
- cek tidak boleh ditunaikan dan mesti dimasukkan ke akaun bank.
- lebih selamat
a. Cek Berpalang Am – Cek yang mempunyai palang tetapi nama bank dimana cek tersebut mesti dimasukkan tidak dinyatakan dalam ruang palang.
- boleh dimasukkan ke dalam mana-mana bank.
- boleh ditulis perkataan ’Akaun Penerima Sahaja’ atau ’ Tak boleh
Niaga’ dalam ruang palangan

b. Cek Berpalang Khas - ditulis nama bank tertentu di dalam ruang palangnya.
- Cek ini hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima di cawangan yang dinyatakan dalam cek tersebut.

Perbezaan antara cek terbuka dan cek Berpalang

Cek Terbuka
Cek Berpalang
Tidak mempunyai dua garisan selari yang merentasi muka cek
Mempunyai dua garisan selari yang merentasi muka cek
Boleh ditunaikan di kaunter bank
Cek perlu dimasukkan ke dalam akaun bank untuk menuntut bayaran.
Tidak selamat kerana boleh ditunaikan di kaunter bank
Lebih selamat kerana penyuruh bayar boleh mengarahkan bank menghentikan pembayaran jika berlaku penyelewengan

Faedah/kelebihan menggunakan cek
i mudah membuat pembayaran dan menjimatkan masa
ii selamat digunakan
iii kepelbagaian penggunaan
iv sebagai bukti bayaran

Kekurangan menggunakan cek
i hanya mereka yang mempunyai akaun semasa sahaja dapat mengeluarkan cek.
ii cek bukan wang sah ,penerima berhak menolak cek tersebut
iii cek boleh dipalsukan
iv risiko cek tak laku
v cek dikenakan caj
vi memerlukan masa untuk jelaskan

Cek lain

cek bertarikh hadapan- cek yang tarikh penbayarannya ditunda ke satu tarikh yang akan datang.
Cek mati- cek yang tidak dilayan oleh bank kerana melebihi tempoh pembayaran yang telah ditetapkan. Cek bank perdagangan 6 bulan,cek Bank Negara 3 bulan.
Cek bertanda- cek yang diberi jaminan bayaran oleh bank penyuruh bayar.Mempunyai perkataan ”baik untuk pembayaran sebelum...”
Cek dalaman- cek yang dibayar oleh penyuruh bayar kepada penerima yang mempunyai akaun semasa di cawangan bank yang sama dengan penyuruh bayar.
Cek kosong- cek yang telah lengkap diisi semua butir kecuali jumlah bayaran dalam perkataan dan angka.

Cek Tak Laku

cek rosak
penyuruh bayar mengarahkan bank untuk menghentikan pembayaran kepada penerima cek.
Jumlah pembayaran dalam angka dan perkataan berbeza.
Tiada tandatangan penyuruh bayar.
Tandatangan penyuruh bayar salah atau berbeza.
Terdapat perubahan atau pembetulan pada cek.
Terdapat kesilapan atau dalam butiran dalam cek tidak lengkap.
Penyuruh bayar menutup akaunnya.

Biro Kredit-
- mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam dari institusi kewangan dan perbankan.
- Ditubuhkan oleh Bank Negara bagi mengatasi masalah cek tak laku dan menggalakkan penggunaan cek.
- Mencegah , menghalang serta mengenakan denda kepada pemegang akaun semasa yang me ngeluarkan cek tak laku.


8.5 INSTITUSI KEWANGAN LAIN
1. Syarikat Kewangan- milik swasta yang menjalankan perniagaan kewangan.
Fungsinya
a. -menerima simpanan- akaun simpanan dan akaun simpanan tetap(orang ramai,kerajaan,badan berkanun dan pertubuhan perniagaan)
- faedah yang ditawarkan lebih tinggi daripada bank perdagangan.
b. pembiayaan – membiayai pinjaman orang ramai iaitu pinjaman perumahan,bercagar dan peribadi.Faedah yang dikenakan lebih tinggi.
c. Sewa beli- mengendalikan kegiatan sewa beli untuk kenderaan bermotor persendirian atau perdagangan, jentera perindustrian dan pembinaan.
d. Perkhidmatan lain – pembiayaan kad kredit,perkhidmatan pelaburan unit amanah,pinjaman bersindiket.
Contoh: MayBank Finance,Hong Leong Finance
2. Syarikat Pemfaktoran- firma yang membeli invois daripada pelanggan dan mengutip bayaran dari
pembeli.
- penjual membekalkan barang/perkhidmatan secara kredit kepada pembeli dan akan menyerahkan bil hutang kepada syarikat pemfaktoran.
- syarikat pemfaktoran akan mendahulukan wang tunai kepada penjual pada jumlah yang kurang daripada nilai bil hutang.
- pembeli membuat bayaran kepada syarikat pemfaktoran.
- Contoh: Public Leasing and Factoring Sdn Bhd.
3. Syarikat Pajakan- syarikat yang menawarkan kaedah pembiayaan kepada peniaga untuk membolehkannya menggunakan mesin,jentera atau premis yang mahal dengan menyewa atau memajak daripada syarikatnya.
- syarikat ini akan membeli mesin dan jentera yang dikehendaki oleh pelanggan dan disewakan dengan bayaran ansuran bulanan.
- sepanjang tempoh pajakan hak milik peralatan dipegang oleh syarikat pajakan.
Contoh: Austral Leasing Sdn Bhd.

4. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia(Credit Gurantee Corporation M (Berhad)
- milik bersama Bank Negara dan semua bank perdagangan.
-fungsi utamanya ialah
a. memberi jaminan kepada pinjaman yang telah diluluskan di bawah skim jaminan kredit oleh bank perdagangan.
b. memberi khidmat nasihat bersama pinjaman yang telah diluluskan.
-objektifnya ialah membantu peniaga kecil (IKS) untuk mendapatkan pinjaman dengan kaedah yang
berpatutan terutama dalam bidang pertanian,perkilangan dan perniagaan.

RAMALAN 1 2009

PERDAGANGAN KBSM
Kertas 1
Satu jam 15 minit

Arahan: Tiap-tiap soalan atau penyataan di bawah ini diberikan empat jawapan pilihan iaitu A, B, C, dan D. Terdapat satu jawapan yang betul atau yang paling sesuai. Pilih jawapan yang betul itu.

1. Kehendak seseorang individu itu tidak sama dengan kehendak individu yang lain. Mengapa?
A kerana keperluan semua individu adalah sama
B kemampuan dan cita rasa seseorang individu itu berbeza dengan individu yang lain.
C keperluan fisiologi dan keselamatan semua individu adalah sama
D taraf hidup semua individu adalah sama

2. Seseorang yang mengkhusus dalam sesuatu pekerjaan menikmati beberapa faedah yang tidak dinikmati oleh seseorang yang melakukan pelbagai pekerjaan. Apakah faedah-faedah itu?
I Ia menjadi lebih mahir dalam pekerjaannya
II Ia menjadi lebih produktif
III Ia tidak menghadapi risiko pengangguran
IV Ia lebih mudah dilatih
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

3. Peruncit memerlukan perkhidmatan pemborong dalam menjalankan perniagaannya.
Antara yang berikut, yang manakah membuktikan penyataan di atas?
A Pemborong memberikan diskaun kepada peruncit.
B Pemborong member maklumat pasaran kepada pengeluar.
C Pemborong membayar pengeluar dengan segera
D pemborong menyediakan barangan dalam bentuk yang lebih mudah dijual.

4. Berikut adalah sebab-sebab peruncit kecil-kecilan mendapatkan bekalan mereka daripada pemborong kecuali …..
A peruncit memulakan perniagaan dengan modal yang sedikit.
B pemborong menyediakan kemudahan pengangkutan.
C pemborong memberikan diskaun niaga yang tinggi.
D peruncit boleh membeli mengikut kuantiti yang diperlukan.

5. Nota kredit digunakan oleh pembekal dalam keadaan-keadaan yang berikut kecuali ….
A untuk menambahkan hutang pelanggannya
B apabila pelanggannya terlebih caj.
C akaun pelanggan dikreditkan.
D pembeli memulangkan barang-barang yang didapati rosak.

6. Faedah perniagaan luar negeri yang dinikmati oleh pengeluar ialah …..
I menjimatkan kos pengeluaran
II meningkatkan pendapatan negara
III meninggikan mutu keluaran
IV pasaran yang luas
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

7. Semua penyataan yang berikut adalah tentang import tak nyata kecuali ……
A yuran pendidikan yang dibayar oleh pelajar kita di negara asing.
B pengimport tempatan menggunakan khidmat kapal Negara asing untuk membawa masuk kargo.
C pelancong tempatan berbelanja di Negara asing
D pengimport Negara asing mendapatkan perlindungan insurans untuk barang importnya daripada syarikat insurans Negara ini.

8. Sebuah syarikat perkapalan menghantar notis pemberitahu dahulu kepada pengeksport. Mengapa?
A Untuk memberitahu pengeksport bahawa barang telah dikeluarkan dari gudang di pelabuhan
B Untuk mengarahkan pengeksport menghantar barang ke pelabuhan
C Untuk memberitahu pengeksport bahawa barang telah dihantar ke pelabuhan
D Untuk memberitahu pengeksport bahawa barang telah dimuatkan ke dalam kapal


Dokumen ini digunakan sebagai bukti bahawa kerajaan Negara pengimport membenarkan pengeksport mengeksport ke Negara pengimport.

9.


Apakah dokumen yang diterangkan di atas?
A Inden
B Invois eksport
C Invois konsular
D Sijil asal usul

10. Berbanding denagn syarikat awam berhad, syarikat sendirian berhad menikmati beberapa kelebihan .
Antara kelebihan itu ialah ….
A syarikat akan terus wujud walaupun penaja bankrap ataupun meninggal dunia.
B dapat merahsiakan perjalanannya kerana tidak perlu menyiarkan akaun tahunannya.
C bilangan ahlinya tidak terhad.
D kadar cukai yang di bayar adalah lebih rendah.

11. Koperasi Seri Sergan Berhad memperoleh lebihan RM85 000 pada tahun 1999. Sebanyak RM15 000 daripada lebihan itu telah dicadangkan sebagai rizab. Bakinya dibahagikan sebagai rebat langganan. Jumlah belian ahli-ahli pada tahun itu ialah RM700 000.
Kirakan rebat atas langganan Koperasi Seri Sergan Berhad.
A RM0.20 untuk setiap ringgit.
B RM0.12 untuk setiap ringgit.
C RM0.15 untuk setiap ringgit.
D RM0.10 untuk setiap ringgit.

12. Antara yang berikut, jenis pemilikan perniagaan yang manakah mendapatkan modal menerusi terbitan syer kepada orang ramai?
A Syarikat Sendirian Berhad
B Syarikat Awam Berhad
C Koperasi
D Perkongsian

13. Salah satu kelebihan dasar penswastaan kepada kerajaan ialah ....
A memberikan peluang pelaburan kepada usahawan.
B dapat mengurangkan harga barang dan perkhidmatan.
C mutu keluaran meningkat.
D dapat memungut lebih banyak hasil melalui kutipan cukai.

14. Sesuatu barangan yang diimport ataupun yang dikeluarkan secara tempatan boleh diletakkan dalam bon. Mengapa?
A Mutu barangan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan
B Duti import ataupun cukai eksais masih belum dijelaskan.
C Penjualan barang itu diharamkan oleh kerajaan.
D Dokumen-dokumen perniagaan berkaitan dengan barangan tersebut tidak lengkap.

15. Salah satu fungsi Bank Negara Malaysia ialah bertindak sebagai jurubank kepada kerajaan.
Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada kerajaan?
I Menerima simpanan dari jabatan kerajaan
II Mengurus hutang kerajaan
III Mengawal pertukaran wang asing negara
IV Memberi pendahuluan kepada kerajaan apabila diperlukan
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan bank berkanun?
A Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
B Bank Buruh (M) Berhad
C Bank Pertanian (M) Berhad
D Bank Pusat Kerjasama Berhad

17. Ciri-ciri iklan kolektif ialah ….
I kos pengiklanan ditanggung bersama-sama oleh semua pengeluar
II bertujuan meningkatkan jualan sesuatu keluaran secara keseluruhannya
III memberikan penekanan kepada jenama keluarannya
IV pengeluar bersaing antara satu sama lain untuk meningkatkan jualan jenamanya
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 18 dan 19 berdasarkan jadual di bawah.
Prinsip Insurans
Keterangan
W
Bertujuan mengelakkan perbuatan mencari keuntungan atas kerugian orang lain.
X
Seseorang itu tidak boleh merahsiakan sebarang maklumat yang berkaitan
Y
Sidiinsurans dipulihkan kepada kedudukan asal
Z
Syarikat insurans mengambil tempat sidiinsurans yang berkenaan

18. Syarikat insurans menetapkan kadar premium berasaskan prinsip ini.
A W
B X
C Y
D Z

19. Sidiinsurans tidak dibenarkan mendapat sebarang keuntungan daripada polisi insurans.
Antara yang berikut, prinsip insurans yang manakah berkaitan dengan penyataan ini?
A W
B X
C Y
D Z

20. Yang berikut adalah tujuan pengeluar mengadakan rancanagn promosi kecuali ….
A memperkenalkan keluarannya
B menggalakkan jualan keluarannya
C menyaingi pengeluar lain
D mengurangkan kos pengeluaran dalam jangka panjang

21. Penghantaran barang melalui jalan raya menjimatkan masa, perbelanjaan, dan memudahkan pemunggahan.
Penyataan ini benar kerana ….
A adanya penyerahan dari pintu ke pintu.
B perjalanan tidak terikat dengan jadual.
C dapat menghubungi kawasan pendalaman
D fleksibel dari segi arah perjalanan.

22. Komunikasi dan pengangkutan memainkan peranan yang penting dalam bidang perniagaan dan perdagangan.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan persamaan fungsi komunikasi dan pengangkutan?
A memperluas pasaran
B memudahkan kegiatan promosi
C mengurangkan kos pergudangan
D memudahkan pergerakan tenaga buruh

23. Seorang peniaga berbeza daripada seorang usahawan kerana ia ….
A mementingkan keuntungan semata-mata
B berani menghadapi risiko
C berpandangan jauh
D mewujudkan peluang pekerjaan

24. Encik Ramesh mengusahakan kebun pisang emas di tanahnya seluas 40 ekar. Apabila ia mengalami kerugian akibat persaingan, Encik Ramesh mendirikan satu makmal untuk membuat penyelidikan bagi mengeluarkan baka baru pokok pisang emas. Beliau Berjaya menghasilkan satu baka baru pisang emas yang mana buahnya lebih manis.
Apakah sifat usahawan yang dimiliki oleh Encik Ramesh?
A Berpandangan jauh
B Cermat dan berhati-hati
C Kreatif dan inovatif
D Bijak mengenal dan merebut peluang.

25. Seorang peniaga berbeza daripada seorang usahawan kerana ia ….
A mementingkan keuntungan semata-mata
B berani menghadapi risiko
C berpandangan jauh
D mewujudkan peluang pekerjaan

Soalan 25 berdasarkan jadual di bawah.
Kelakuan Pelanggan
Pelayan
Menyebabkan barang-barang bertaburan atas lantai kerana tergesa-gesa
W
Asyik meneliti label pada barang sambil menggeleng kepala
X
Tak sabar-sabar menunggu gilirannya di kaunter pembayaran
Y
Meminta diskaun yang tinggi
Z

25. Antara berikut, yang manakah memerlukan pelayan member maklumat yang tepat?
A W
B X
C Y
D Z

26. Kumpulan pelanggan yang membeli-belah mengikut gerak hati adalah ….
A pelanggan yang tidak membuat perancangan terlebih dahulu.
B pelanggan yang tidak terpengaruh dengan iklan
C pelanggan yang membuat satu senarai barang-barang yang hendak dibeli terlebih dahulu.
D pelanggan tetap sesebuah kedai.

27. Encik Chan mempunyai milikan yang berikut dalam Syarikat QNQ Bhd.
2 000 syer keutamaan 8% RM2 sesyer
5 000 syer biasa RM1 sesyer
20 debentur 6% RM100 seunit
Syarikat mengisytiharkan 15% dividen ke atas syer biasa

Hitung jumlah pendapatan Encik Chan daripada pelaburannya.
A RM 1190
B RM 1030
C RM 1090
D RM 1130

28. Encik Abu baru sahaja mendapat wang persaraannya sebanyak RM20 000. Beliau bercadang untuk melabur dalam bidang yang mempunyai risiko yang rendah.
Encik Abu Patut melabur dalam …
A saham.
B bon kerajaan.
C debentur.
D hartanah.

29. Syarikat Z-corn Bhd mempunyai modal syer sebanyak 200 000 unit yang berharga RM0.50 setiap satu. Keuntungan tahunan yang diperoleh sebelum membayar ganjaran pengarah ialah RM50 000. Ganjaran yang dibayar kepada pengarah ialah RM10 000 dan separuh daripada baki keuntungan diagihkan sebagai dividen kepada pemegang syer.
Barapakah peratus dividen yang dibayar?
A 5%
B 10%
C 15%
D 20%

30. Faktor-faktor yang harus dipertimbangoleh seseorang pelabur sebelum membeli saham sesebuah syarikat ialah ….
I kenyakinan orang ramai terhadap saham tersebut.
II pengurusan syarikat.
III harga saham syarikat pesaing.
IV prospek syarikat.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

31. Perbezaan antara syer keutamaan dengan syer biasa ialah …
A kadar dividen syer keutamaan adalah tetap tiap-tiap tahun.
B pemegang syer keutamaan dapat mengawal perjalanan syarikat
C syer keutamaan bersifat tidak bertimbun tambah
D pemegang syer keutamaan tidak ada keutamaan terhadap modal syarikat.
* Memberi bantuan pengurusan untuk meningkatkan
taraf pengurusan dan pentadbiran
* Memberi bantuan teknologi dan kemahiran dalam
bidang pengeluaran


32. Badan-badan yang berikut terlibat dengan kegiatan di atas dalam memajukan sektor industry desa kecuali …..
A Majlis Amanah Rakyat (MARA)
B Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
C Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia (PKKM)
D Batik Malaysia Berhad (BMB)

33. Yang berikut adalah beberapa aktiviti industry desa kecuali ….
A menghasilkan pisau dan keris berasaskan sumber logam.
B menghasilkan kerepek ubi dan kerepek pisang.
C menghasilkan bakul berasaskan sumber rimba tempatan.
D menghasilkan perabot untuk dieksport berasaskan teknologi moden.

34. Cirri utama industri kraf tangan ialah …
A berskala kecil.
B bertempat di kampung.
C menggunakan kemahiran tradisional.
D bermodal kecil.

35. Yang berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha industry desa kecuali …
A persaingan daripada hasil-hasil kraf tangan Negara jiran.
B kekurangan bahan mentah.
C kepakaran dalam pemasaran.
D kos pengeluaran yang tinggi.

36. Seorang pembeli yang bijak biasanya memeriksa harga, kualiti, kuantiti, dan tarikh luput guna apabila membeli sesuatu barang.
Pembeli di atas dikatakan …
A menentukan sebab-sebab untuk membeli.
B memilih tempat untuk membeli.
C mengetahui teknik membeli.
D memilih masa untuk membeli.

Soalan 37 hingga 40 berdasarkan petikan di bawah:
Encik Johar mempunyai 5 ekar kebun durian yang terletak lebih kurang 40 km dari Bandar Kuantan. Kebunnya agak jauh dari kebun-kebun durian yang lain. Inilah kali pertama pokok-pokok durian Encik Johar yang ditanam lebih kurang 5 tahun yang lalu menghasilkan buah. Namun hasilnya sangat banyak. Oleh kerana kebunnya terletak berjauhan dari kebun-kebun durian yang lain, ia tidak dikenali oleh para pemborong durian. Hanya beberapa orang pemborong datang membeli hasil-hasilnya dan mengangkut ke Bandar Kuantan untuk dijual. Sebahagian daripada hasilnya diberikan secara percuma kepada orang-orang kampung di sana. Bakinya dijadikan tempoyak oleh isteri Encik Johar dan dijual kepda orang kampung pada harga yang berpatutan.

37. Kegiatan Encik Johar mengusahakan tanaman durian merupakan aktiviti pengeluaran …
A ekstraktif.
B perkilangan.
C keluaran langsung.
D perkhidmatan langsung.

38. Masalah pokok yang perlu diatasi oleh Encik Johar dari segi pemasaran ialah …
A promosi.
B harga durian.
C kualiti buah durian.
D pengangkutan.

39. Adakah tempoyak yang dihasilkan oleh isteri Encik Johar boleh dianggap sebagai keluaran?
A Ya, kerana tempoyak dapat memuaskan kehendak pelanggan.
B Tidak, kerana tempoyak dihasilkan daripada lebihan hasil buah durian yang tidak habis dijual.
C Tidak, kerana tempoyak itu dijual pada harga yang berpatutan sahaja.
D Ya, kerana tempoyak dapat bertahan lama.

40. Antara yang berikut, kegiatan manakah yang dinyatakan di dalam petikan merupakan aktiviti perdagangan?
A Encik Johar menjual hasilnya kepada pemborong.
B Pemborong menjual durian di Bandar Kuantan.
C Isteri Encik Johar menghasilkan tempoyak.
D Pemborong mengangkut durian ke Bandar Kuantan.










KERTAS 2
Dua jam

Bahagian A
Arahan: Jawab mana-mana empat soalan.

1 (a) Bagaimanakah anda dapat kaitkan perdagangan dengan pengeluaran? [5 markah]
(b) Nyatakan dan terangkan mana-mana empat cawangan perdagangan yang dapat
melicinkan kegiatan pengeluaran. [20 markah]

2 (a) Terangkan kebaikan perniagaan runcit besar-besaran kepada peniaga. [10 markah]
(b) Huraikan secara ringkas perbezaan antara perniagaan runcit kecil=kecilan
dengan perniagaan runcit besa-besaran. [10 markah]
(c) Apakah kedai sejaras? Nyatakan ciri-cirinya. [5 markah]

3 (a) Terangkan perkhidmatan-perkhidmatan bank yang berikut yang disediakan oleh
bank-bank perdagangan kepada peniaga:
i. Akaun semasa
ii. Pinjaman
iii. Draf bank
iv. Pertukaran wang asing
[16 markah]
(b) Terangkan bagaimanakah Pindahan Kredit berbeza dengan Perintah Sedia Ada. [9 markah]


4 Tulis nota ringkas tentang perkar-perkara yang berikut:
(a) Jaminan kredit eksport
(b) Lembaga pemasaran
(c) Debentur
(d) Cek kembara

5 Terangkan perbezaan yang berikut:
(a) Iklan Makluman dengan Iklan Memujuk
(b) Duti Kastam dengan Duti Eksais
(c) Syer Keutamaan dengan Syer Biasa
(d) Penelah Naik dengan Penela Turun
(e) Sewa Beli dengan Bayaran Tertunda


Bahagian B
Baca kes di bawah ini dengan teliti:
Encik Lam telah menubuhkan sebuah perniagaan yang mengkhusus dalam penjualan pelbagai jenis hasil laut yang diawetkan seperti ikan dan sotong kering, keropok, ikan bilis, dan sebagainya.
Kedainya terletak di tepi jalan utama yang menuju ke Kuantan dan lebih kurang 30 kilometer jauhnya dari Bandar Kuala Terengganu. Tidak ada sebarang kawasan penempatan di sekelilingnya dan kawasan perumahan dan kampung yang terdekat adalah lebih kurang 3 kilometer jauhnya. Justeru itu, hamper semua pelanggan yang mengunjungi kedainya terdiri daripada para pelancong dan mereka yang lalu lalang di jalan tersebut.
Encik Lam dibantu oleh ahli-ahli keluarganya. Semua stok diperolehi daripada pemborong yang pelbagai yang menghantar barang terus ke kedainya. Stoknya disusun dan dipamerkan dengan baik dan menarik. Separuh daripada stoknya disimpan didalam gudang kecil di belakang kedainya.
Mutu barang yang dijualnya adalah tinggi. Oleh itu, semua pelanggan yang mengunjungi kedainya tidak akan balik dengan tangan kosong. Semua jualan beliau adalah secara tunai sahaja. Walaupun hamper semua pelanggan yang datang ke kedainya adalah pelanggan yang sekali-sekala sahaja, namun mereka diberi layanan yang baik. Malah Encik Lam sanggup memberi nasihat kepada mereka tentang harga dan mutu barang yang dijual itu. Barang-barang yang dibeli oleh pelanggan dibungkus dengan kemas sungguhpun sesetengah pelanggan membeli dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

1 Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a) Terangkan secara ringkas jenis perniagaan yang dijalankan oleh Encik Lam. Nyatakan
ciri-ciri perniagaan jenis ini secara amnya. [ 9 markah ]
(b) Nyatakan fungsi-fungsi peruncit yang dilaksanakan oleh Encik Lam. Apakah fungsi
yang gagal dilaksanakan oleh Encik Lam? [ 11 markah ]
(c) Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Encik Lam untuk memajukan
perniagaannya. [ 5 markah ]
















SKEMA JAWAPAN
SET RAMALAN
Kertas 1
1. B
2. B
3. D
4. C
5. A
6. C
7. D
8. B
9. C
10. B
11. D
12. B
13. D
14. B
15. B
16. C
17. A
18. B
19. C
20. D
21. A
22. A
23. A
24. C
25. B
26. A
27. A
28. C
29. D
30. C
31. A
32. D
33. D
34. C
35. B
36. C
37. A
38. D
39. A
40. D

Kertas 2
Bahagian A
Soalan 1 (a)
· Perdagangan adalah sebahagian daripada pengeluaran kerana perdagangan membantu melengkapkan proses pengeluaran [1m]
· Perdagangan merupakan kegiatan yang membantu mengagihkan barang-barang daripada pengeluar kepada pengguna [1m] pada masa, tempat, kuantiti, dan harga yang bersesuaian.[1m]
· Pengeluar bermaksud aktiviti yang menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan yang mempunyai nilai faedah. .[1m]
· Nilai faedah bermaksud barang-barang dan perkhidmatan itu berupaya untuk memuaskan keperluan dan kehendak manusia [1m]
· Pengeluaran ini meliputi perdagangan, industry ekstraktif, perkilangan, pembinaan, dan perkhidmatan langsung. .[1m]
(maksimum 5 markah)
Soalan 1 (b)
Empat cawangan perdagangan yang memudahkan pengeluaran ialah:
Perniagaan [1m]
· Melibatkan urusan membeli dan menjual dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan [1m]
· Memudahkan pengeluaran kerana melalui urusan jual beli ini, pengeluar dapat memperoleh bahan mentah, barang-barang separuh siap, dan juga komponen-komponen yang digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran [1m]
· Barang-barang siap dapat diagihkan ke pasaran dalam dan luar negeri[1m]
· Memastikan barang-barang sampai ke tangan pengguna akhir [1m]
Urusan bank [1m]
· Memudahkan pengeluaran kerana ia membantu membiayai pengeluar dalam bentuk pinjaman dan overdraf [1m]
· Proses pengeluaran dapat berjalan dengan licin kerana ada sumber-sumber modal yang mencukupi dan secara terus-menerus [1m]
· Urusan bank juga menyediakan kemudahan pembayarandan penerimaan wang [1m] – melalui akaun semasa, pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan cek, arahan bank, debit langsung, perintah sedia ada, dan lain-lain lagi. Segala kemudahan ini memudahkan dan melicinkan aktiviti pengeluaran. [1m]
Insurans [1m]
· Memudahkan pengeluaran kerana ia dapat memberikan perlindungan [1m] terhadap risiko-risiko seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, dan sebagainya. [1m]
· Alatan, jentera, dan kilangyang digunakan dalam menjayakan pengeluaran dapat diinsuranskan [1m] dengan membayar sedikit premium, ganti rugi dapat dituntut sekiranya risiko yang diinsuranskan itu berlaku [1m]
· Polisi insurans pampasan pekerja boleh diambil oleh pengeluar atau majikan untuk melindungi pekerja-pekerja terhadap risiko kemalangan [1m] dan ganti rugi dapat dibayar sekiranya mereka mengalami kecederaan semasa bekerja [1m]
Pengangkutan [1m]
· Memudahkan pengeluaran kerana bahan-bahan mentah dapat dibawa ke kilang [1m] dan hasil-hasil pengeluaran dapat dihantar ke pasaran dengan segera [1m]
· Pengangkutan darat seperti jalan raya dan rel boleh digunakan untuk membawa masuk bahan mentah dari kawasan lain dan untuk mengangkut hasil-hasil pengeluaran ke pasaran tempatan dan ke pelabuhan serta ke lapangan terbang. [1m]
· Pengangkutan air boleh digunakan untuk membawa bahan-bahan mentah dari luar negeri ataupun untuk mengeksport hasil-hasil pengeluaran ke luar negeri [1m]

Soalan 2 (a)
Kebaikan perniagaan runcit besar-besaran kepada peniaga:
· Peniaga mempunyai modal yang besar [1m] - oleh itu mampu membeli secara pukal daripada pengeluar dan menikmati diskaun niaga yang tinggi [1m]
· Dapat mengadakan pembahagian kerja dan pengkhususan dalam pengurusan [1m] meningkatkan kecekapan pengurusan dan dapat menjalankan perniagaan dengan lebih licin [1m]
· Kos overhed seperti belanja sewa, elektrik, dan air dapat [1m] disebarkan atas jumlah jualan yang lebih banyak [1m]
· Dapat menjalankan kempen promosi [1m] – dapat menarik lebih ramai pelanggan dan dapat meningkatkan jualan dan keuntungan [1m]
· Menjual secara tunai sahaja – dapat mengelakkan kejadian hutang lapuk [1m]
· Perkhidmatan layan diri yang diamalkan dapat menjimatkan kos upah dan kos pentadbiran [1m]
Soalan 2 (b)
Perbezaan di antara perniagaan runcit kecil-kecilan dan perniagaan runcit besar-besaran:
· Perniagaan runcit kecil-kecilan memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan [1m] – perniagaan runcit basar-besaran mengamalkan jualan tunai sahaja [1m]
· Peruncit kecil-kecilan menyediakan perkhidmatan lepas jualan [1m] – peruncit besar-besaran mengamalkan perkhidmatan layan diri [1m]
· Peruncit kecil-kecilan membenarkan pelanggannya tawar menawar untuk mengurangkan harga [1m] – peruncit besar-besaran tidak membenarkan tawar menawar dan harga barang adalah tetap [1m]
· Peruncit besar-besaran kerap mengadakan promosi jualan seperti jualan murah, pemberian baucar tunai, pertandingan dan sebagainya [1m] – peruncit kecil-kecilan biasanya tidak mengadakan promosi jualan, Cuma mempamerkan barang di kedai sahaja [1m]
· Peruncit besar-besaran menyediakan pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, lif, muzik, tandas, dan sebagainya yang membolehkan pelanggan membeli-belah dalam keadaan yang selesa [1m] – peruncit tidak menyediakan kemudahan sedemikian tetapi memberikan layanan peribadi [1m]
Soalan 2 (c)
Kedai Sejaras
· Kedai sejaras adalah satu jenis perniagaan runcit besar-besaran yang terdiri daripada rangkaian kedai yang mempunyai lebih daripada 10 cawangan [1m]
Ciri-ciri kedai sejaras:
· Semua cawangan mempunyai nama, logo, papan tanda, dan bentuk perhiasan yang sama [1m]
· Harga barang adalah tetap dan urus niaga adalah secara tunai sahaja [1m]
· Pembelian secara stokdilakukan oleh ibu pejabat secara pukal daripada pengeluar [1m]
· Mengamalkan pentadbiran pusat di mana semua dasar dan peraturan ditetapkan oleh pusat [1m]
· Menyediakan pelbagai kemudahan supaya pelanggan dapat membeli-belah dengan selesa [1m]
(maksimum 5 markah)
Soalan 3 (a)(i)
Akaun semasa
· Satu perkhidmatan yang membolehkan para peniaga menggunakan cek [1m]
· Peniaga juga boleh mendepositkan ke dalam akaun ini semua wang yang diterima dalam bentuk wang tunai, cek, draf bank, kiriman wang, dan lain-lain [1m]
· Untuk membuka akaun semasa – perlu ada dua orang referi, [1.5m] memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun [1.5m]perlu menandatangani satu kad tandatangan [1.5m]
· Bank tidak membayar faedah bagi akaun ini [1m]
· Bank mengenakan bayaran perkhidmatan [1m]
· Bank akan menghantarkan satu penyataan akaun kepada peniaga setiap hujung bulan [1m]
(maksimum 4 markah)
Soalan 3 (a)(ii)
Pinjaman
· Peniaga boleh memohon pinjaman sekiranya dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh bank [1m]
· Pemohon hendaklah mengemukakan sandara [1m] seperti sijil saham, geran rumah, polisi insurans, dan sebagainya yang mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada jumlah pinjaman yang dimohon [1m]
· Terdapat dua pinjaman:
o Pinjaman jangka pendek – digunakan oleh peniaga untuk membeli stok, membayar pemiutang, belanja-belanja semasa [1m]
o Pinjaman jangka panjang – digunakan untuk membeli aset-aset tetap seperti mesin, jentera, kenderaan, dan alat-alat kelengkapan [1m]
(maksimum 4 markah)
Soalan 3 (a)(iii)
Draf Bank
· Draf bank boleh digunakan oleh peniaga jika pemiutang enggan menerima cek [1m]
· Draf bank kepada sidibayar atau pemiutang dan boleh ditunaikan di cawangan bank yang telah diarahkan untum membuat bayaran oleh cawangan yang mengeluarkannya [1m]
· Bank akan mengenakan sedikit komisen serta duti setem [1m]
· Pembayaran melalui draf bank adalah selamat kerana sidibayar akan menerimanya kerana wang telah dibayar kepada bank yang mengeluarkannya [1m]
· Draf bank yang dipalang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank untuk pembayaran [1m]
(maksimum 4 markah)
Soalan 3 (a)(iv)
Pertukaran wang asing
· Bank perdagangan boleh menukar wang ringgit tempatan kepada mata wang asing dan sebaliknya [1m]
· Peniaga yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa boleh menukar wang tempatan kepada mata wang asing [1m] supaya dapat membayar pengeksport di luar negeri dalam mata wang negaranya [1m]
· Bank juga boleh membantu peniaga membuat kiriman dalam matawang asing ke luar negeri untuk suatu jumlah tertentu yang dibenarkan oleh undang-undang kawalan pertukaran [1m] kiriman ni boleh dibuat draf bank, pindaan mel, dan pindaan telegraf [1m]
(maksimum 4 markah)
Soalan 3 (b)
Pindahan kredit
· Suatu perkhidmatan bank di mana wang yang dikreditkan terus ke dalam akaun sidibayar [1m]
· Pembayar dapat menjimatkan masa dan belanja jika menggunakan perkhidamatan ini [1m]
· Pembayar perlu menyediakan senarai nama sidibayar bersama-sama dengan nama bank, nombor akaun, dan jumlah wang yang perlu dikreditkan [1m]
· Ia perlu menyertakan satu cek untuk jumlah pembayaran tersebut [1m]
· Bank akan mendebitkan akaunnya dan mengkreditkan akaun sidibayar seperti yang diarahkan [1m]
Perintah sedia ada
· Merupakan satu arahan yang diberikan kepada bank untuk membayar satu jumlah tetap [1m] secara berulangan pada tarikh tertentu [1m]
· Pembayar perlu member bank butir-butir seperti nama sipenerima, amaun, dan tarikh bayaran yang perlu dibuat [1m]
· Pada tarikh tersebut, bank akab mendebitkan akaun pembayar dan menghantar bayaran kepada sipenerima [1m]

Soalan 4 (a)
Jaminan kredit eksport
· Satu skim insurans yang menjamin pembayaran pampasan kepada pengeksport [1m] sekiranya pengimport gagal menjelaskan bayarannya atas barang-barang import [1m]
· Bertujuan menggalakkan para pengeksport mengeksport barang ke luar negeri [1m]
· Pengeksport yang menyertai skim ini dikehendaki membayar premium [1m]
· Kadar premium bergantung kepada jenis risiko yang terlibat dalam urus niaga eksport [1m]
· Skim insurans ini memberikan perlindungan terhadap risiko-risiko berikut:
o Risiko perdagangan, iaitu pengimport tidak mampu bayar kerana muflis [1m]
o Risiko politik, iaitu berlaku kekacauan politik di negara pengimport [1m]
o Risiko ekonomi, iaitu apabila pengimport tidak boleh mengirimkan wang ke luar negeri kerana penguatkuasa kawalan pertukaran wang asing di Negara pengimport [1m]
(maksimum 7 markah)
Soalan 4 (b)
Lembaga pemasaran
· Satu organisasi yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen [1m]
· Fungsi utama sesebuah Lembaga Pemasaran ialah untuk menjamin pemasaran yang teratur bagi sesuatu jenis hasil pertanian [1m]
· Tujuannya ialah melindungi pengeluar-pengeluar daripada penindasanoleh orang tengah [1m] dan menjamin harga yang berpatutan[1m]
· Kebanyakan lembaga pemasaran juga menyediakan pengangkutan dan kemudahan pergudangan bagi hasil-hasil pertanian yang dikendalikan [1m]
· Contoh satu lembaga pemasaran ialah FAMA [1m]
Soalan 4 (c)
Debentur
· Merupakan suatu pinjaman jangka panjang yang dibuat oleh syarikat-syarikat berhad daripada orang ramai [1m]
· Pemegang debentur ialah pemiutang syarikat dan mereka dibayar kadar dividen yang tetap setiap tahun[1m]
· Pelaburan dala debentur adalah selamat berbanding dengan syer biasa [1m] kerana jika syarikat dibubarkan, pemegang debentur akan mendapat balik pinjaman mereka terlebih dahulu daripada pemegang syer [1m]
· Debentur terdiri daripada dua jenis, iaitu debentur boleh ditebus dan debentur tidak boleh ditebus. [1m]
Soalan 4 (d)
Cek kembara
· Sejenis alat pembayaran [1m] yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan antarabangsa dan bank-bank perdagangan yang besar [1m]
· Cek ini dikeluarkan dalam mata wang yang tertentu seperti Dolar Amerika, Pound Sterling, Yen Jepun, dan Dolar Singapura [1m]
· cek ini dibeli oleh para pelancong yang ingin mengelakkan daripada membawa wang tunai yang banyak [1m]
· cek kembara ini selamat dan senang digunakan[1m]
· bayaran adalah terjamin kepada penerima dan tempoh lakunya tidak terhad [1m]
· pemegang cek ini hendaklah menandatangani cek ini apabila hendak menunaikannya [1m]
Soalan 5 (a)
Perbezaan iklan makluman dengan iklan memujuk
· iklan makluman – fungsinya ialah untuk memberitahu orang ramaimengenai sesuatu barang, perkhidmatan, atau peristiwa [1m]
· iklan memujuk – fungsinya ialah untuk mempengaruhi serta mendorong pengguna membeli barang-barang dan perkhidmatan berkenaan [1m]
· iklan makluman - bertujuan menggalakkan pengguna membeli sesuatu barang [1m]
· iklan memujuk – bertujuan melariskan jualan sesuatu barang-barang untuk mendapatkan untung. [1m]
· contoh iklan makluman – “Kedai Buku Sunrise akan mengadakan jualan habisan stok mulai 20 Oktober.” [1m]
· contoh iklan memujuk – “Belilah minyak pelincir jenama ‘Smooth’ supaya enjin kereta tahan lama.” [1m]
Soalan 5 (b)
Perbezaan duti kastam dan duti eksais
· duti kastam – cukai yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport dari luar negeri atau barang-barang yang dieksport ke luar negeri [1.5m]
· duti eksais – cukai yang dikenakan ke atas barang-barang yang dikeluarkan di dalam negeri dan digunakan di dalam negeri. [1m]
Soalan 5 (c)
Perbezaan syer keutamaan dan syer biasa
· syer keutamaan menerima kadar dividen yan tetap setiap tahun [1m] – kadar dividen syer biasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. [1m]
· syer keutamaan berhak menerima dividen sebelum syer biasa [1m] – dividen dibayar ke atas syer biasa selepas syer keutamaan dibayar [1m]
· dividen syer keutamaan adalah bersifat kumulatif, iaitu pemegang syer berhak menerima tunggakan dividen tahun-tahun lepas yang tidak dibayar [1m] – syer biasa tidak bersifat kumulatif, iaitu pemegang syer tidak berhak menuntut dividen tahun-tahun lepas yang tidak dibayar [1m].
(maksimum 5 markah)
Soalan 5 (d)
Perbezaan penelah naik dengan penelah turun
· penelah naik ialah ahli spekulasi yang meramalkan bahawa harga syer akan naik [1m] – penelah turun ialah ahli spekulasi yang meramalkan bahawa harga syer akan turun [1m].
· penelah naik membeli syer pada masa har rendah dan menjualnya apabila harga naik untuk mendapatkan keuntungan [1m] – penelah turun menjual syer dengan harapan untuk membeli balik syer itu pada harga yang lebih rendah [1m]
Soalan 5 (e)
Perbezaan sewa beli dengan bayaran tertunda
· sewa beli – pembeli menjadi pemilik barang berkenaan hanya selepas dia menjelaskan bayaran ansuran yang terakhir [1m]
· bayaran tertunda – pemilik menjadi pemilik barang berkenaan sebaik sahaja perjanjian dibuat dan bayaran pendahuluan dijelaskan [1m]
· sewa beli – jika pembeli gagal membayar dua ansuran berturut-turut atau ansuran terakhir, maka penjual berhak menarik balik barang tersebut [1m]
· bayaran tertunda – sekiranya pembeli gagal membayar balik, penjual tidak boleh menarik balik barang tetapi boleh mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut bayaran [1m]
· sewa beli – jenis barangan yang dijualbeli ialah barang-barang tahan lama dan bernilai tinggi [1m] – bayaran tertunda – jenis barangan yang dijualbeli ialah barang-barang tidak tahan lama dan bernilai rendah [1m]
· sewa beli – jangka masa kredit lama, iaitu 1 hingga 5 tahun [1m] – bayaran tertunda – jangka masa kredit adalah pendek iaitu beberapa bulan sahaja [1m]
(maksimum 7 markah)

Bahagian B
Soalan 1 (a)
· jenis perniagaan yang dijalankan oleh Encik Lam ialah perniagaan runcit [1m]
· perniagaan ini menjual barang dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna [1m]
Ciri-ciri perniagaan runcit:
· memerlukan modal yang kecil [1m]
· mudah ditubuhkan [1m]
· pengurusan dan pentadbiran tidak rumit [1m]
· membeli stok daripada pemborong [1m]
· memberi layanan peribadi [1m]
· menyediakan kemudahan kredit [1m]
· menjual beraneka jenis barang [1m]
· meletakkan perniagaan berdekatan dengan rumah pelanggan [1m]
(maksimum 9 markah)
Soalan 1 (b)
Fungsi peruncit yang dilaksanakan oleh Encik Lam:
· mengagihkan barang kepada pengguna [1m]
· menjual dalam kuantiti yang diperlukan oleh pelanggan [1m]
· menyimpan stok [1m]
· memberi nasihat [1m]
· mempamerkan syok [1m]
· menyediakan barang dalam bentuk yang lebih mudah dijual [1m]
· memberi layanan peribadi [1m]
Fungsi peruncit yang tidak dilaksanakan oleh Encik Lam:
· tidak menjual beraneka jenis barang [1m]
· tidak memberi kemudahan kredit [1m]
· tidak meletakkan kedai berhampiran rumah pelanggan [1m]
· tidak menyediakan perkhidmatan lepas jualan [1m]
Soalan 1 (c)
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Encik Lam untuk memajukan perniagaan:
· meletakkan kedai berhampiran dengan rumah pelanggan [1m]
· memberikan kemudahan kredit [1m]
· menjual beraneka jenis barang [1m]
· menjalankan promosi [1m]
· menyediakan perkhidmatan lepas jualan [1m]

Tuesday, October 20, 2009

NOSTALGIA


Nostalgia adalah tajuk sebuah novel yang saya beli di Pameran Buku DBP UKM pada 28 Julai 1992. Inilah novel yang paling menyentuh perasaan saya hingga kini.

Pandangan rakan saya, Zuraine meminta saya membuat ulasan novel-novel yang pernah dibaca di blog ini menggerakkan saya untuk menyediakan satu ruangan khusus untuknya. Justru, saya akan memulakan ruangan ini dengan novel ini.

Novel ini memaparkan kisah hidup dua orang wanita yang sama-sama menghadapi pergolakan kejiwaan dalam meniti ranjau kehidupan. Sarah dan Dalila, dua sahabat karib yang melalui pelbagai dugaan yang mencabar dan menjerut rasa. Sarah, walaupun berada di tengah-tengah masalah keluarga dan himbauan kenangan silam yang menggetarkan perasaan tetap gigih berusaha menghasilkan sebuah manuskrip yang merakamkan detik-detik penderitaan hidup Dalila, sahabatnya yang mengidap ketumbuhan di kepala.

Bahasa yang digunakan sangat indah, teknik imbas kembali yang membawa pembaca turut sama 'terlibat' dalam ceritanya, pengakhiran yang memilukan, yang mungkin ramai pembaca tidak mahu ia berakhir begitu (termasuk saya) tetapi menggambarkan penulisnya tidak menunjukkan 'kuasa'nya untuk melakukan apa sahaja pada karyanya. Membiarkan kita sebagai pembaca akur bahawa rencana Allah ada kala berbeza dengan perancangan hambaNya.

"Ayah mereka dapat memenangi hati anak-anaknya. Aku tidak pernah terasa terkilan atas alasan itu. Hati seorang ibu tidak dapat diduga oleh anak-anaknya itulah yang menyedihkan. Kasih seorang ibu sepanjang hayatnya; melahirkannya, menjaganya dan ingin melihat anak-anaknya bahagia selamanya. Pengalaman pahit ibu bapa janganlah diulang atas sifat bodoh dan degilnya. Aku tidak menjangka masa remaja anak-anak merupakan waktu yang paling sukar bagi seorang ibu"

"Di hadapan aku mendapati Dalila berkeseorangan di atas kerusi rodanya. Alangkah pedihnya meniti hidup ini begitu, bisik hati kecilku. Hati kecilku yang enggan berasa kecil hati atas tindakan anak-anak darah dagingku"

Buat Robayah Mahmood, anda memang bijak memainkan perasaan!




Sunday, October 18, 2009

INDAHNYA KENANGAN.....

Dua minggu lalu, mak setuju datang ke rumah. Bukan mudah untuk memujuknya meninggalkan 'syurga'nya di kampung. Mencium tangannya sebelum ke sekolah dan sewaktu balik ke rumah mengheret kembali kenangan lama ...sudah begitu lama....waktu di alam persekolahan rendah dahulu. Mengalaminya kembali membawa perasaan yang pelbagai...Mungkin perasaan itu sama dengan perasaan setiap anak rantau seperti saya.

Malangnya kesibukan saya membataskan waktu untuk bersama. Saya cuba untuk balik seawal mungkin namun kadangkala tugasan perlu disempurnakan sesegeranya. Mujur dia memahami...

Sempat membeli kek pandan lapis waktu kami keluar ke bandar bersama. Bila pekerja di situ bertanya apa kata-kata yang ingin ditulis di atasnya, saya pantas memilih:

Kenangan Indah Bersama!











Tuesday, October 13, 2009

KURSUS PEMANTAPAN JSU

3 hari meninggalkan sekolah untuk menghadiri Kursus Pemantapan JSU Daerah Kuala Langat di Marina Cove Resort, Lumut. Lama rasanya tidak menaiki bas ramai-ramai begitu. Seronok ada, takut pun ada......
Banyak pengalaman yang dilalui di sepanjang perjalanan. Begitu juga nostalgia. Maklumlah di situlah saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma hampir 20 tahun lalu. Banyak perubahan yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya pun tidak pasti lagi di mana bangunan sementara UiTM Perak tempat saya belajar dulu (dulu masih dikenali sebagai ITM Perak Bandar Baru Sri Manjung).
Dengan kekangan waktu, dapat juga kumpulan saya yang hanya terdiri daripada 3 orang menyempurnakan tugasan yang diberikan berpandukan JSU yang kami tentukan. Terima kasih Cikgu Hussin (SMK Banting) dan Cikgu Rosdiana (SMK Tanjung Sepat) atas komitmen yang jitu. Moga-moga hasil kerja kita akan membantu anak-anak didik kita dalam mata pelajaran Perdagangan tahun hadapan.
Buat rakan sebilik, Azue dan rakan se'apartment' - Di, Mas dan Lia - alangkah manisnya mengenali kalian!