Thursday, July 23, 2009

SEKADAR LUAHAN


Kadang-kadang melihat sikap anak-anak murid ni membawa perasaan yang pelbagai...Sebagai manusia biasa, saya akur manusia ada tahap kesabarannya. Mungkin hari ini salah satu hari di mana kesabaran itu menjadi agak tipis sedikit...

Harapan saya, moga sentiasa dikurniakan Allah kekuatan dan ketabahan dalam mendidik mereka. Amanah yang perlu dilaksanakan sebaiknya....rasanya belum pernah lagi saya mengabaikannya. Saya sentiasa mendoakan mereka sedar pentingnya ilmu dalam kehidupan ini, merubah sikap ke arah yang lebih baik dan bersedia menerima bimbingan daripada pihak kami.

Saya percaya, setiap doa yang baik pasti dimakbulkanNya. Semoga!

Tuesday, July 21, 2009

BELAJAR 'LINK'

Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga menambah sesuatu yang bermanfaat dan berkaitan dengan mata pelajaran saya hari ini. Terima kasih Azue kerana membantu 'orang lama' yang agak lambat 'menangkap' ni...Seminggu lalu dah belajar 4shared daripada Saifuddin...terima kasih juga buatnya. Yelah, tengok blog kawan-kawan yang padat dengan maklumat, nak jugak menambah apa yang patut. Insya Allah, bila ada kesempatan akan cuba menambah lagi maklumat sedia ada. Terima kasih buat yang sentiasa membantu............

Sunday, July 19, 2009

HAKIKAT KEHIDUPAN

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi tanah mereka mempunyai keluasan sehingga ke kaki langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai tanah yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

Saya memperoleh artikel ini daripada web yang sering saya kunjungi akhir-akhir ini. Bagi saya, inilah hakikat kehidupan....setiap orang memandang kehidupan ini dengan pandangan yang berbeza.Mungkin sesuai untuk kita jadikan renungan pada waktu-waktu tertentu....

Sunday, July 12, 2009

MAKANAN DAN KESIHATAN

Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"

1. Jika anda makan satay............. jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah.Timun pula adalah anti-karsinogen

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C!! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. FYI saja..... bagi penggemar makanan _ _ _ _. Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging _ _ _ _ tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Lauret Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran bodyshop, Nature Force dan lain-lain lagi. Balik pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, " Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koay teow dsb) pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.

Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor:-

Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah". Kalau istilah James Bond = Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera-Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman.
Yang bewarna dan tidak berwarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

~ Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi...


Dipetik daripada www.halaqah.net

Friday, July 10, 2009

ORANG BARU

19 Jun pukul 6.19 petang menambah catatan sejarah dalam keluarga....kehadiran 'orang baru' yang akan memeriahkan lagi keluarga kami.

Selamat datang Sumayyah......semoga hadirmu membawa cahaya!




Yang telah sedia menggamatkan suasana: kakak, sepupu dan abangnya!

Monday, July 6, 2009

ROSA PASSADENA



Pada 29 Jun - 1 Julai 2009 saya telah mengikuti Kursus Pemantapan P&P Mata pelajaran Perdagangan di Cameron Highlands. Lamanya tak datang ke sini...sejak 28 tahun dahulu.

Kami didedahkan dengan konsep Pembelajaran Aktif dan Pembelajaran Kooperatif. Sebenarnya sebahagian konsep ini telahpun diterapkan dalam P&P selama ini. Saya harap saya dapat mempraktikkan yang selebihnya supaya P&P saya lebih berkesan...

Menariknya, saya sempat memetik strawberri di ladang!


Tuesday, June 23, 2009

KAMPUNG BUKU MALAYSIA


Tiba-tiba teringat kisah masa cuti penggal yang lalu. Satu-satunya tempat saya pergi bercuti sejak balik dari Gua Tempurung dulu ialah Kampung Buku Malaysia, Melaka. Baru tahu wujudnya tempat ini tahun ini walaupun telah dilancarkan sejak tahun 2007. Biasanya begitulah...kita lebih ambil tahu hal-hal di tempat lain daripada tempat kelahiran....Di sini, buku-buku boleh dibaca, dibuat rujukan, disewa dan dibeli.


Sempat membeli dua buah buku. Badai Semalam karya Khadijah Hashim yang masih belum ada dalam koleksi walaupun dah pernah membacanya. Satu lagi ialah Pendoa Yang Ikhlas oleh Azizi Haji Abdullah. Buku ini masih belum habis dibaca.


Ada kesempatan, akan pergi lagi ke sana sebab masa yang suntuk dulu menyebabkan kami tak sempat meronda semua ruang.

Wednesday, June 17, 2009

KPLI 18 BULAN.........

Isu pendidikan yang agak hangat kini ialah cadangan melanjutkan KPLI selama 6 bulan lagi menjadi 18 bulan. Alasannya untuk melengkapkan diri bakal guru dengan ilmu pendidikan secukupnya...

Berita terkini ialah NUTP turut bersetuju dengan cadangan ini dengan syarat: pelatih dikehendaki menjalani pengajian selama setahun di maktab perguruan manakala bakinya di sekolah.

Menurut Dr Illias Zaidi (Berita Harian 17 Jun 2009):
Tidak semua orang berbakat menjadi menjadi pendidik berwibawa apatah lagi tersohor biarpun sudah bertahun-tahun mengikuti program ijazah perguruan. Guru ialah manusia istimewa, seperti istimewanya martabat manusia yang menyebarkan ilmu demi ketersohoran ummah....

Saya adalah lepasan KPLI. Sebagai seorang guru, pendapat saya dari dulu tidak berubah. Bagi saya, apapun jua kelulusan seseorang guru, yang menjadikan dia berwibawa adalah SIKAP guru itu sendiri terhadap kerjayanya.

Monday, June 8, 2009

ARAH LAWAN JAM


Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar Kaabah, maka ia memulai dari Hajarul Aswad dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam.

Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.
Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.
Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.

Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling Kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi Kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.

Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.

Wallahua'lam

Dipetik daripada www.halaqah.net

Wednesday, June 3, 2009

PERJALANANKU.....

Catatan perjalanan

30 Mei 2009
Bertolak dari rumah pukul 6.30pg sampai tak sempat sarapan dan beli kueh sebab kedai tak buka lagi. Tunggu punya tunggu, akhirnya bertolak pukul 7 lebih. Sabar je...Berhenti di R&R Rawang untuk sarapan. Beli roti 'bun' je...

Pukul 11 lebih sampai Gua Tempurung (GT). Selesai taklimat ringkas, kami pun masuk. Risau jugak kerana tak ada lampu picit dan renjer tu kata malam sebelumnya tu hujan. Harap tak apa-apa

Tak sangka macam ni keadaan dalam GT ni. Setelah berpuluh tahun, kembali mengulangi rutin zaman anak2 dulu....merangkak menyusuri sungai, menggelongsor cerun, masuk ke dalam lubang etc. Syukurlah masih mampu melakukan semua itu. Yang tak laratnya satu je....mendaki tangga untuk keluar semula. Sebab kaki ni memang 'alah' bab2 naik tangga ni...

Menurut renjer yang memandu kami tu, gua ni sudah berumur 400 juta tahun. Sebab tu di dalamnya berbagai2 bentuk yang terhasil drpd proses luluhawa. SUBHANALLAH. Sungguh menakjubkan!

Saya percaya pelajar Kelab Geografi dapat menimba banyak ilmu dalam 'ekspedisi' ini...Untungnya mereka dapat peluang seperti ini. Saya dulu belajar Geografi juga tapi tak pernah dapat peluang begini...

Bila dapat kembali melihat cahaya matahari, tak boleh nak gambarkan perasaan ini. Tapi yang pastinya, sejak saat itu saya berjalan dengan kaki terpaksa diseret!!!

Selesai makan tengah hari, ke bengkel labu sayung di Kuala Kangsar. Sempatlah membeli 2 buah periuk tanah untuk diri sendiri dan keluarga. Nostalgia!

Kami makan malam di Bandar Taiping. Sempat merasa sotong kangkong yang terkenal di sini tapi tak mampu habiskan sebab terlalu banyaaakkk....

Menginap di Casuarina Inn. Tidur awal sebab terlalu letih.

31 Mei 2009
8.30 pg bertolak ke Penjara Taiping. Mendengar taklimat drp PPP Liza Ahmad. Best dan banyak pengajaran hingga terlajak daripada jadual lawatan. Kami kemudian melawat Galeri Penjara, tempat jualan dan pameran kraf tangan hasil kerja tangan banduan.

Destinasi seterusnya Zoo Taiping. Kami meronda dengan keretapi zoo sahaja.

Akhir sekali ke Kuala Sepetang. Di kiri kanan jalan adalah deretan pokok kayu bakau saujana mata memandang. Rupanya ia kawasan kayu bakau terbesar di Asia Tenggara. Hebatnya. Yang paling seronok menikmati mee banjir udang yang terkenal tu....terima kasih Ina atas belanjamu.

Tiba Banting pukul 11 > malam. Alhamdulillah. Penat dan mengantuk.....

Sekarang ni di rumah...di desa kelahiran....Setiap pengalaman kekal menjadi satu kenangan...Tiba masa untuk menyambung tugas paling utama....menanda kertas! Semoga sempat siap menjelang tamatnya cuti.