Saturday, May 23, 2009

KENAPA MENULIS?


Menulis boleh menenangkan fikiran? Itulah yang dikatakan oleh Dr. Ghazali Lateh @ Cikgu Ghazali, penulis berpengalaman di sekolahku dalam kursus kami hari ini. Bolehkah aku menulis? Rasanya banyak yang boleh ditulis kembali daripada himpunan catatanku dalam diari setiap tahun. Tapi.....kerana 'tapi' itulah akhirnya tidak menulis.........

Sempat meminjam satu bukunya untuk dibawa pulang. Jam 3.15 ptg aku sudahpun menamatkan pembacaanku. Secawan Kopi daripada Guru....memang penuh emosi dan mencuit hati.

Buat Cikgu Ghazali...terima kasih atas ceramah yang menarik tadi. Tak lupa juga berbanyak terima kasih atas pemberian cenderahati daripada cikgu dulu...Di Kaki Mimbar. Mana tahu suatu masa nanti saya juga akan mampu menulis seperti itu.....

2 comments:

Norliza said...

memang ada potensi jadi penulis ni. tengok, sampai rumah je terus buka laptop...canggih!

Norliza said...

untuk masukkan shoutmix, klik pada alamat yang saya beri ni. lepas tu follow je instruction yang diberi. kena buat sendiri. sebab ada password. Guna password ni ialah untuk delete mana-mana guest yang kita taknak. maksudnya: yang komen yang kita tak suka atau apa-apa je la. ni alamatnya :

http://www.shoutmix.com/main/

semoga berjaya. kalau tak jadi pergi ke blog saya. saya tengah online sampai pukul 12.00.